Skip to main content

Ragbi

240 pemain 20 pasukan sekolah berentap buru Kejuaraan NRDP-MSST Terengganu Rugby 7's 2026

Ragbi

Kejuaraan NRDP-MSST Terengganu Rugby 7s 2026 cetus sensasi tersendiri setelah menerima penyertaan terbesar sejak diperkenalkan di mana pada edisi kali ini seramai 240 pemain mewakili 20 pasukan sekolah dari 7 daerah dalam negeri Terengganu hadir berentap bagi dua hari kejuaraan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu yang bermula sejak Jumaat,10 Julai 2026 lalu.

Menambah menarik terdapat beberapa pasukan yang pertama kali bertanding turut memberi saingan bagi kejuaraan yang hanya mempertaruhkan kategori terbuka bagi lelaki dan wanita ini memberi penanda aras baru bagi program pembangunan sukan ragbi yang telah berlangsung di sekolah masing-masing.

Menurut Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Terengganu (PTPS MSST), Aminudin Sulong melihat format penganjuran bagi edisi kali ini lebih komprehensif yang memberi peluang sama rata untuk setiap sekolah turut sama dalam kejuaraan pembangunan ragbi peringkat kebangsaan ini. Malah penglibatan pasukan wanita memberi impak positif sebagai penanda aras program pembangunan sukan ragbi yang telah bermula di sekolah masing-masing sebelum ini.

"Berbanding edisi terdahulu hanya melibatkan sekolah tertentu mengikut zon masing-masing berbanding edisi kali ini yang lebih terbuka buat mana-mana pasukan sekolah untuk turut sama berentap. Jadi secara tidak langsung memberi peluang sama rata pada bakat-bakat muda daripada kalangan murid-murid sekolah di luar bandar atau mana-mana pasukan untuk turut hadir berentap.

"Malah ada di antara mereka yang pertama kali hadir untuk mengutip pengalaman. Ada di antara mereka tidak meletakkan sasaran untuk menjadi juara di mana mereka ini memerlukan minit-minit permainan yang kompetitif untuk dijadikan pencapaian.

"Secara positif melihat kerjasama di antara kami dan NRDP yang kawal selia oleh pemegang-pemegang taruh dari badan induk sukan ragbi kebangsaan (Kesatuan Ragbi Malaysia), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tambah nilai dan impak yang besar bagi program pembangunan sukan ragbi di negeri pantai timur ini," ujar beliau.

Untuk rekod, Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) mula diperkenalkan sejak 2016 menjadi agenda nasional yang menyasarkan pemain berumur 13 sehingga 17 tahun untuk melahirkan pemain-pemain ragbi bertaraf elit dan sebagai skuad pelapis negara yang bakal diserap ke pasukan ragbi kebangsaan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Related Topics

Must Watch Video