Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Jadual padat tidak boleh halang Selangor -- Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pangon

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, tidak mahu menjadikan jadual padat yang terpaksa diharungi Selangor sebagai alasan untuk memberikan aksi terbaik berdepan wakil Thailand PG Pathum dalam kempen Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, esok.

Namun, jurulatih berusia 56 tahun itu komited keazaman pemainnya ketika ini sangat tinggi berbanding faktor kepenatan.

Advertisement

"Kami semua tahu pentingnya perlawanan ini buat pasukan dan penyokong, fizikal pemain semestinya sedikit penat kerana jadual padat namun jadual padat itu tidak boleh menganggu kami.

"Saya percaya keazaman dan keinginan pemain lebih besar daripada kepenatan. Saya percaya pemain mampu mengatasi masalah ini. Saya harap mampu meraih kemenangan esok.

"BG Pathum pasukan yang kuat, kami hormati." katanya.

 

 

 

Dalam pada itu, kapten pasukan, Noor Al-Rawabdeh, menyatakan rakan sepasukanya berada dalam motivasi terbaik selain tidak memandang rendah pasukan lawan.

"Para pemain tahu betapa pentingnya aksi ini, ia bukan perlawanan yang mudah. Inilah bola sepak untuk mengatasi cabaran dan pemain ada motivasi tinggi untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Dalam bola sepak tiada pasukan kerdil atau perlawanan mudah, setiap aksi ada cabaran. Setiap aksi seperti final buat kami." tambahnya.

 

Must Watch Video