Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL Regional Cup: Sneakers Singapore bangkit raih kemenangan pertama, KL Wildcats terus kempunan

SS

Sneakers Singapore bangkit dalam suku terakhir untuk menewaskan KL Wildcats dalam aksi kedua CelcomDigi NSL Regional Cup di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan pasukan jemputan berkenaan meraih kemenangan pertama selepas tewas kepada Johor Jewels semalam.

Wildcats seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila kehilangan dominasi yang dibina sejak awal permainan, di mana mereka menamatkan suku pertama dengan pendahuluan 20-12.

Penguasaan itu diteruskan sehingga tamat separuh masa untuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 31-19.

Bagaimanapun, Sneakers mula merapatkan jurang itu kepada 40-47 dalam suku ketiga.

Dan Sneakers benar-benar memanfaatkan tempoh super shot dalam suku terakhir untuk menyamakan kedudukan 53-53 sebelum meninggalkan gelanggang selaku pemenang dengan keputusan 63-61.

Wildcats, dalam pada itu, masih tercari-cari kemenangan pertama selepas tewas kepada juara liga, Terengganu Marvels, dalam aksi pembukaan semalam.

 

 

Must Watch Video