Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu tamatkan musim dengan kemenangan ke atas Sabah

TFC vs Sabah

Terengganu menamatkan musim dengan kemenangan 1-0 ke atas Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas sebentar tadi.

Selepas gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, skuad Peteh itu sekurang-kurangnya dapat menutup musim dengan nota gembira.

Dalam perlawanan itu, Shervoni Mabatshoev muncul wira Terengganu dengan jaringan tunggalnya pada sembilan minit terakhir.

Keputusan itu juga menyaksikan Sang Penyu menamatkan musim di tangga kelima liga manakala Sabah pula di tangga kesembilan.

 

Must Watch Video