Jaringan tunggal hasil tandukkan Hotaka Nakamura yang menewaskan Park Chung-hyo seawal minit ke-25 permainan menjadi pemisah pasukannya melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 dengan agregat kemenangan 1-0 di Tokyo, Jepun, semalam.
Gangwon giat mengasak kubu pertahanan pasukan tuan rumah untuk mencari gol penyamaan untuk mengheret ke masa tambahan, namun segala usaha yang dikerah tidak menemui hasil sehingga berakhir 90 minit masa permainan.
Advertisement
✨𝗤𝗨𝗔𝗥𝗧𝗘𝗥-𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗧𝗦 ✨
Debut season, top eight finish 💫
🇯🇵 Machida Zelvia keep their #ACLElite run alive! pic.twitter.com/zwpZfutzEZ— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) March 10, 2026
Sementara itu, dua lagi wakil kelab Jepun iaitu Vissel Kobe dan Sanfreece Hiroshima akan turun beraksi pada petang ini bagi merebut slot ke suku akhir ACLE Zon Timur.