Saingan CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 menghampiri minggu akhir dengan dua aksi peringkat separuh akhir bakal berlangsung pada Sabtu 9 Mei 2026 ini.
Sajian aksi menarik menanti anda seperti pertemuan Terengganu Marvels dengan Kedah Sunshine serta Johor Jewels berdepan KL Wildcats untuk merebut slot ke final.
Advertisement
Namun, imbas kembali kejadian di minggu ketiga dengan pelbagai kejutan dan keputusan upset yang diraih beberapa pasukan, dan antara yang mencuri tumpuan semestinya kemenangan Terengganu Marvels kepada Johor Jewels dalam pusingan round robin.
Kombinasi menarik dilakukan jurulatih mereka Siti Nor Farhana yang mempercayai kebolehan pemain muda berusia 20 tahun, Adalia Jasmine yang juga merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban dalam bidang actuarial science bersama pemain import mereka Cornelia Mupenda berasal Namibia betul-betul menjadi – Marvels akhirnya mengakhiri perlawanan dengan keputusan 59 – 53 atas faktor gerakn sepasukan dan kesefahaman yang cukup baik.
Dan lebih membanggakan apabila Adalia berada satu gelanggang dengan pemain-pemain dunia, apabila digandingkan bersama Cornelia untuk menyekat penyerang Jewels Gretel Bueta daripada memintas jaringan dalam perlawanan tersebut.
Sepanjang penglibatan bersama Marvels, prestasi Adalia cukup baik dengan menerima 20 centre pass received, 50 deflection, 3 defensive rebound dan 22 interceptions dilakukan sekaligus membuktikan yang Malaysia mempunyai pelapis yang berpotensi tinggi mengharumkan nama negara.
Marvels, muncul satu-satunya pasukan yang tidak mengalami sebarang kekalahan di pusingan round robin.
Apakah Terengganu Marvels mampu melangkah ke final buat pertama kalinya dalam sejarah saingan CelcomDigi Netball Super League? Sama sama kita nantikan!
