Skip to main content

Badminton

Aidil Sholeh raya dulu sebelum sumbang mata Piala Thomas

Aidil

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, sempat beraya seketika bersama keluarga sebelum menumpukan sepenuhnya fokus bersama skuad kebangsaan menjelang Piala Thomas yang akan berlangsung di Horsens, Denmark hujung April ini.

Aidil sempat berkongsi momen gembira bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, tentang pengalaman dan suasana menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini.

Advertisement

Pada Februari lalu, jurulatih profesional negara, Nova Armada, mengesahkan pemain di bawah kendaliannya itu menerima panggilan menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan.

"Saya gembira Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memanggil saya.

"Saya mahu menyumbang mata jika diturunkan," katanya. 

Must Watch Video