Skip to main content

Angkat Berat

'Anakku bawa pulang pingat emas untuk Ayah' -- Air mata Hidayat Hamidon gugur sambut kejayaan Erry

'Anakku bawa pulang pingat emas untuk Ayah' -- Air mata Hidayat Hamidon gugur sambut kejayaan Erry

'Anakku bawa pulang pingat emas untuk ayah', Itulah luahan yang cukup menyentuh hati bekas juara angkat berat negara, Hidayat Hamidon, apabila menyaksikan anaknya, Erry Hidayat, akhirnya merealisasikan impian keluarga dengan meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Subuh yang tenang bertukar menjadi detik penuh emosi buat Hidayat. Sebagai pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, beliau menyimpan harapan besar agar percubaan ketiga Erry di pentas Komanwel berakhir dengan kejayaan dalam kategori 79 kilogram.

Beberapa jam sebelum pertandingan bermula, Hidayat sempat menghubungi anaknya.

Panggilan ringkas itu menjadi suntikan semangat terakhir buat Erry sebelum turun ke platform dan melakar kejayaan yang cukup bersejarah buat keluarga mereka.

Tatkala mengenang kembali detik tersebut, ditambah pula dengan pelukan pertama bersama anaknya selepas enam bulan tidak bertemu, Hidayat tidak mampu lagi menahan sebak.

Air mata kegembiraan jelas mengalir di hadapan lensa Astro Arena, menggambarkan pengorbanan panjang seorang ayah yang akhirnya dibalas dengan kejayaan anaknya.

Buat Erry, penampilan ketiganya di Sukan Komanwel akhirnya menjadi yang paling bermakna.

Selepas dua percubaan terdahulu, beliau akhirnya berjaya menyempurnakan impian yang sekian lama disimpan oleh bapanya, sekali gus meneruskan legasi keluarga dalam sukan angkat berat negara.

Jaguh berusia itu mengakui pingat emas tersebut bukan sekadar kejayaan terbesar dalam kariernya, malah hadiah paling istimewa buat kedua ibu bapanya yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan sebagai atlet.

Baginya, setiap anak pasti menyimpan impian untuk membahagiakan ibu bapa, dan kemenangan di Glasgow menjadi cara terbaik untuk membalas segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video