Main bola handal. Jual burger sudah, promosi baju melayu pun sudah. Arif Aiman Hanapi bawa kapal pula!
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sekali lagi menghibukan peminat apabila kelibat satu video yang tular di TikTok menyaksikan dia sedang bersantai mengemudi sebuah kapal.
Advertisement
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) itu semakin mengembangkan pengaruhnya dengan beberapa perkara di luar jangkaan!
Terdahulu, tonggak Harimau Malaya itu dilantik sebagai duta sebuah jenama baju melayu terkemuka, dan melihat video yang tular di TikTok menarik perhatian orang ramai tentang penampilan segak bergaya pemain itu.
😁
Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu juga menunjukkan kemahiran memasak burger seperti yang viral di media sosial.
Arif Aiman kini menanti masa untuk kembali memperkuat Harimau Selatan selepas melalui fasa kecederaan hamstring tahun lalu.
Dia menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.
Kepulangannya sangat dirindui penyokong setia skuad kebangsaan dan pasukan bimbingan Xisco Munoz. Menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) rata-rata mula berharap dia kembali mewarnai pasukan menghadapi kelab terkemuka Arab.