Skip to main content

Permotoran

ARRC: Litar Sepang adalah trek kegemaran saya -- Helmi Azman

Helmi

Pelumba negara berusia 27 tahun, Helmi Azman, memasang tekad untuk membuka kempen musim 2026 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 dengan langkah cemerlang di pusingan pertama dalam kategori SS600 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 hingga 12 April ini.

Helmi berazam mengulangi kejayaan manis apabila pernah meraih podium dan kejuaraan perlumbaan pada 2024 dan 2025 di litar sama.

Advertisement

Malah, pernah mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul naib juara keseluruhan dalam ARRC 2022 dalam kategori sama.

"Sepang adalah litar kegemaran saya.

"Saya ada banyak kenangan manis di sini.

"Saya akan sentiasa mengulangi video perlumbaan saya sebagai rujukan untuk ditambah baik dan memperbaiki kesilapan," katanya di Nadi Arena.

Persiapan rapi telah dilakukan sepanjang musim rehat termasuk latihan fizikal dan mental bagi memastikannya berada pada tahap terbaik menjelang perlumbaan.

Dengan pengalaman dan momentum yang dimiliki, ia dilihat antara pencabar utama untuk kembali mencipta kejayaan musim ini.

"Semasa pramusim saya banyak melakukan ujian ketahanan seperti mengayuh basikal dan latihan di gimnasium.

"Saya harap ia menjadi penambahbaikan yang bagus untuk saya," katanya lagi.

Must Watch Video