Skip to main content

Permotoran

ARRC: Pintasan di selekoh terakhir, Kasma Daniel ungguli SS600

kasma menang

Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin, mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori SS600, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand sebentar tadi.

Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba Hong Leong Yamaha Racing itu diberi cabaran hebat oleh dua wakil tuan rumah, Anupab Sarmoon dan Thanat Laoongplio, sepanjang 12 pusingan perlumbaan.

Advertisement

Selepas tamat lap pertama, Kasma Daniel jatuh ke kedudukan ketiga tetapi dia mengekalkan rentaknya untuk sentiasa berada dalam kelompok depan.

Saingan kian sengit menuju ke lap terakhir dengan Thanat kekal memimpin perlumbaan di depan Anupab tetapi percaturan berani Kasma Daniel, yang masuk ke bahagian dalam sewaktu selekoh terakhir, menyaksikan dia bergelar juara dengan kelebihan tipis ke atas Thanat.

 

Must Watch Video