Skip to main content

Sukan Lain

Atlet warisan negara tak sabar bawa nama Malaysia lagi

Lucas

Atlet luncur ombak, Lucas Santaigo Wehle, tidak sabar membawa nama negara di pentas Asia dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Dengan baru sahaja berusia 17 tahun, Lucas tidak mahu meletakkan janji bulan dan bintang, namun dengan darah Malaysia yang diwarisi dari ibunya, Lucas bertegas peluang ini perlu diselesaikan dengan sebuah kejayaan bermakna.

Advertisement

"Saya lahir di Malaysia yang mengetahui budaya dan makanan di sini.

"Saya sentiasa datang ke Malaysia meluangkan masa bersama keluarga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Lucas akan mewakili negara dalam acara shortboard lelaki, bakal mencipta pencapaian penting buat atlit berdarah warisan ini.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pencapaian kali pertama negara layak beraksi dalam acara sukan luncur ombak.

Lucas mengesahkan penyertaan dalam temasya tersebut pada 28 Januari lalu.

Mengimbau detik bermakna itu, Lucas menegaskan ini adalah impiannya dari kecil sebaik sahaja dia mula mengenali papan luncur.
 

Must Watch Video