Sekarang hanya fokus Piala Thomas, kata pemain beregu lelaki utama negara, Aaron Chia, ketika diminta mengulas mengenai punca kekalahannya bersama Soh Wooi Yik dalam final Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini.
Menjelang kejohanan badminton Piala Thomas itu pada 24 April depan, Aaron mahu memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkenaan demi merealisasikan harapan rakyat Malaysia.
Advertisement
Atlet kelahiran Melaka itu berkata persiapannya ketika ini lebih tertumpu kepada aspek fizikal sebelum beralih ke gelanggang latihan, dua minggu sebelum berlepas ke Denmark.
"Kejohanan seterusnya ialah BAC (Kejohanan Badminton Asia) dan selepas itu ada Piala Thomas, jadi ada dua minggu lagi sebelum ke BAC," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Tetapi buat Piala Thomas, kami memang sedang menantikan senarai nama yang akan terpilih.
"Jadi, dengan masa yang ada sekarang ini, memang perlu kembali menjalani latihan fizikal untuk mengembalikan fizikal terbaik seperti yang jurulatih mahukan.
"Dua minggu terakhir barulah kami akan kembali menjalani latihan di gelanggang."