Johor Darul Ta'zim (JDT) berkemungkinan akan dapat menempuhi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di laman sendiri berikutan ketegangan yang sedang melanda Asia Barat ketika ini.
Perkara itu didedahkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalams satu hantaran X sebentar tadi.
Advertisement
Menurutnya, Malaysia berada dalam radar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai venue alternatif seandaiya dua stadium di Jeddah, Arab Saudi, tidak dapat digunakan dari 16 hingga 25 April ini.
Terdahulu, JDT mencipta sejarah sebagai kelab Malaysia pertama layak ke suku akhir ACLE selepas menewaskan pasukan gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima, 3-2 secara agregat malam tadi.
Undian bagi aksi suku akhir ACLE dijangka akan berlangsung pada 25 Mac ini.
🚨Jeddah atau Malaysia, difahamkan AFC ada venue alternatif andai pusingan akhir ACL Elite tidak dapat diadakan di King Abdullah Stadium dan Prince Abdullah Al Faisal Stadium dari 16 hingga 25 April ini susulan ketegangan di Asia Barat, tatkala undian akan berlangsung 25 Mac ini.… pic.twitter.com/JJOMUEDimf
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 11, 2026