Skip to main content

Badminton

BAC: Semua wakil negara cemerlang hari pertama

BAC

Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mengetuai wakil negara memenangi perlawanan hari pertama Kejuaraan Badminton Asia (BAC) di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China sebentar tadi.

Beraksi selama 36 minit, pilihan keempat kejohanan itu menewaskan wakil Jepun, Haruki Kawabe-Kokona Ishikawa, sekali gus memenangi pertembungan pertama antara kedua-dua lawan.

Advertisement

Dalam masa sama, pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, turut lawan di ranking ke-39 dunia apabila menang mudah straight set 21-13, 21-19.

Tidak dilupakan, Wong Tien Ci dan rakan sepasukan, Lim Chiew Sien tidak menghampakan peminat selepas mengikuti jejak langkah Soon Huat dan Shevon yang menumpaskan satu lagi wakil India dalam kejohanan itu.

Ketiga-tiga beregu campuran kebangsaan itu akan mara ke pusingan kedua esok.

Bagi naib juara Kejohanan Dunia Remaja 2025, Low Zi Yu-Aqilah Ramdan, berhasil melepasi kelayakan ke Pusingan 1 selepas menggungguli Kumpulan D dengan mengalahkan wakil Macau dan Thailand.

Must Watch Video