Setiap kali Super Bowl berlangsung, kita semua tahu satu perkara, ia bukan sekadar tentang siapa menang atau kalah di padang. Separuh masa selalunya jadi momen yang sama dinanti, dan tahun ini, tumpuan jatuh kepada Bad Bunny, artis dari Puerto Rico.
NFL mengesahkan Bad Bunny sebagai artis yang akan membuat persembahan halftime show, satu pilihan yang tepat pada masanya. Dari stadium ke ruang tamu di seluruh dunia, jutaan mata bakal tertumpu kepada artis Latin yang sedang berada di kemuncak kariernya bukan saja dalam muzik, tapi dalam budaya pop secara keseluruhan.
Advertisement
Trevor Noah sings to Bad Bunny in Spanish and gets impromptu performance at #Grammys ahead of Super Bowl: “If they sue you, that’s not me” pic.twitter.com/Q2J94QMyQg
— Deadline (@DEADLINE) February 2, 2026
Menariknya, selepas namanya diumumkan NFL sebagai artis pilihan edisi kali ini, Bad Bunny mencatat kejayaan besar di Grammy untuk menjadi artis pertama yang memenangi anugerah Album terbaik dalam bahasa sepanyol. Kemenangan yang diraikannya bukan sekadar trofi, tetapi simbol bagaimana muzik berbahasa Sepanyol kini berdiri sebaris di pentas global.
Momentum itu kini dibawa terus ke acara sukan paling besar di Amerika Syarikat.
Bad Bunny makes history with the first Spanish-language album to win Album of the Year at the #GRAMMYs. pic.twitter.com/Lzn6gEA9XH
— Pop Base (@PopBase) February 2, 2026
Bila wisel separuh masa berbunyi di Super Bowl pada 8 Februari depan, ia bukan lagi sekadar rehat pemain. Ia adalah peralihan dari aksi fizikal ke pesta budaya — dan kali ini, Bad Bunny yang akan cipta sejarah setanding barisan artis legenda yang pernah berada di pentas yang sama.