Skip to main content

Badminton

Badminton MSSM: Mestilah nak masuk, tapi nak kena tengok syarat BAM juga -- ibu Chen Siew Siew

j

Meskipun berdepan sedikit tekanan sebagai salah seorang daripada 28 atlet yang mewakili Majlis Sukan Sekolah Johor selaku juara keseluruhan Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, Chen Siew Siew, melaungkan semangat untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir edisi kali ini.

Pemain perseorangan wanita berusia 16 tahun itu menjangkakan saingan sengit memandangkan kini dia bertanding dalam kategori B-18, namun pengalaman bermain dalam saingan sama sejak 2023 mematangkan corak permainannya, sekali gus lebih yakin untuk meraih keputusan positif.

Aksi pusingan pertama pada hari ini menyaksikan anak bongsu daripada dua beradik itu mudah menewaskan wakil Perak, Low Hui Yein, menerusi aksi straight set 24-22, 21-9 dalam tempoh 37 minit.

Sanggup hadir meskipun perjalanan jauh kira-kira 780 kilometer dari selatan tanah air, ibunya, Maggie Chan, memberi sokongan penuh buat anaknya untuk mengejar cita-cita menjadi atlet negara suatu hari nanti.

"Ketika berumur 16 tahun, dia sudah mencapai ketinggian 170cm ke atas.

"Tengoklah sama ada kami boleh ikut syarat-syarat BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tengok sejauh mana rezekinya nanti," kata Maggie. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video