Skip to main content

Advertisement

Muay Thai

'Balik lu, Alhamdulillah' -- Jojo

'Balik lu, Alhamdulillah' -- Jojo

Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, memberi bayangan dirinya bakal pulang ke tanah air selepas sebelum ini dilaporkan terkandas di Mekah susulan konflik antara Iran dan Amerika-Israel.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jojo memuat naik status penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah dengan kapsyen ringkas, “Balik lu, Alhamdulillah.”

Advertisement

Perkongsian tersebut sekali gus bakal menamatkan tanda tanya mengenai situasi Jojo dan keluarganya yang sebelum ini terkandas akibat pembatalan beberapa penerbangan susulan penutupan ruang udara antarabangsa.

Terdahulu, Jojo berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah sebelum penerbangan pulangnya terjejas.

Must Watch Video