AFC bakal menjatuhkan hukuman?
Thailand mengikuti langkah Indonesia, Singapura dan Vietnam apabila berjaya mara ke Piala Asia 2027 selepas menundukkan Turkmenistan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam.
Advertisement
Thailand tidak menunggu lama apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan padu daripada Suphanan Bureerat untuk kem tuan rumah di depan 1-0.
Sebelum situasi tersebut kembali seimbang selepas pelawat berjaya memastikan laluan mereka ke Arab Saudi terus bernyawa menerusi jaringan penyamaan disempurnakan pemain muda Turkmenistan - Teýmur Çaryýew hasil rembatan dari luar kotak penalti.
อันนี้ฮา ก่อนเกมส์พี่อุ้มแกขอร้องแฟนบอลว่าให้มาชวยกันเชียร์ก่อนอย่างเพิ่งจุดพลุ เด่วจะเล่นให้ชนะแล้วจะให้ชนาธิปไปจุดด้วย สรุปได้จุดจริง55555555555555555 ใครจ่ายค่าปรับ55555555// #บอลไทย pic.twitter.com/C01KTjAkfz
— 🔰🐬 𝑾𝒂𝒚𝒅𝒆𝒘𝒆𝒆 ツ🇹🇭🇯🇵 (@k_kkhunwee) March 31, 2026
Sepakan penjuru sekali lagi menjadi penyelamat buat Gajah Perang yang menyaksikan Manuel Bihr muncul wira pasukan menanduk masuk jaringan kemenangan kira-kira satu minit menuju wisel penamat.
Untuk rekod, skuad kendalian Anthony Hudson akan membuat penampilan kali kesembilan dalam sejarah.
Peminat Thailand menyambut keriangan meraikan pencapaian pasukan usai berjaya layak ke pusingan terakhir kejohanan paling berprestij Asia itu.
Bintang sensasi BG Pathum United merangkap ketua pasukan, Chanathip Songkrasin, terus menyalakan suar sebagai tanda kemenangan membawa negara itu ke Piala Asia sekali lagi.