Karier Jadon Sancho menjadi contoh bagaimana nasib seorang pemain bola sepak boleh berubah dalam tempoh yang singkat.
Pemain sayap berusia 26 tahun itu, yang menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan sekitar GBP73 juta (RM402 juta) pada 2021, kini bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama kelab itu berakhir musim panas ini.
Bagi memastikan tahap kecergasannya kekal terpelihara sementara menunggu tawaran baharu, Sancho kini menggunakan kemudahan latihan milik Flixton FC berhampiran Manchester.
Jadon Sancho has been spotted training at English 10th tier side Flixton FC after he became a free agent over the summer...
I really can't work out how some club isn't willing to take a gamble on him, some massice potential if he finds form again pic.twitter.com/gYuLeMhSzn— Football Away Days (@AwayDaysFB) August 1, 2026
Situasi itu hadir selepas dua tempoh pinjaman bersama Chelsea dan Aston Villa gagal diterjemahkan kepada perpindahan tetap.
Ironinya, hanya kira-kira dua tahun lalu Sancho masih beraksi di pentas final Liga Juara-Juara Eropah bersama Borussia Dortmund.
Kini, gambar perbandingan antara detik beraksi di final Eropah pada Jun 2024 dengan keadaan semasanya menjadi tular di media sosial, menggambarkan betapa pantas perjalanan karier seseorang pemain boleh berubah.
Dalam kalangan peminat, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib Sancho, manakala sebahagian lagi berpendapat beberapa keputusan yang dibuat sepanjang kariernya menjadi antara faktor dia berada dalam situasi tersebut.
Setakat ini, masih belum ada kelab elit Eropah yang dilaporkan mengemukakan tawaran rasmi buat bekas bintang England itu, sekali gus menjadikan masa depan Sancho terus menjadi tanda tanya.