Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Dollah saran jurulatih tempatan bimbing skuad B-20

dollah

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Dollah Salleh, mencadangkan agar jurulatih tempatan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas membimbing skuad B-20 tahun negara.

Dollah berasakan pengendali skuad B-23, Nafuzi Zain, merupakan calon paling sesuai untuk memikul tanggungjawab itu berdasarkan pengalamannya bersama skuad muda negara.

Advertisement

Harimau Muda akan mengharungi Kejohanan ASEAN B-19 di Medan, Indonesia pada Jun depan.

"Saya harapkan jurulatih tempatan dapat membuktikan sesuatu dan bukannya selama ini kita mengharapkan jurulatih luar," katanya seperti dilaporkan Nadi Arena.

"Apabila sudah ada peluang seperti ini, kena buktikan lah.

"Saya harap jurulatih Nafuzi dapat buktikannya kerana saya rasa dia memang layak berada di tempat itu.

"Ia akan menambahkan pengalamannya dalam menjaga pemain muda."

 

Must Watch Video