Skip to main content

Olahraga

Ini hanya permulaan -- pemegang rekod 100m kebangsaan

azeem

Rekod 100m kebangsaan, 10.09 saat, kembali menggegar arena olahraga negara selepas kali terakhir dilakar pada tahun 2022.

Kini, rekod tersebut diulangi oleh pemiliknya sendiri, iaitu raja pecut 100 meter negara, Azeem Fahmi dalam suku akhir pusingan kelayakan Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat kelmarin

Keberhasilan itu memberikan petanda positif bahawa Azeem kini sedang kembali ke kemuncak prestasinya selepas mengharungi pelbagai cabaran dan pengorbanan sepanjang berkelana di Amerika Syarikat.

Lebih membanggakan, dia melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama melayakkan diri ke pentas akhir NCAA Amerika Syarikat bagi acara 100 meter.

Azeem menyifatkan pendedahan beraksi bersama atlet bertaraf dunia serta persekitaran yang kompetitif kian mematangkan corak larian dan momentum pecutannya.

Selepas menyelesaikan tugasan terakhirnya di sana, Azeem dijadualkan untuk kembali ke tanah air bagi menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dari 19 hingga 21 Jun ini sebelum meneruskan latihan bersama skuad pecut kebangsaan dalam misi memburu lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

"Sudah lama sepanjang tempoh empat tahun ini untuk saya dapat kembali prestasi terbaik, yang mana saya tahu ia prestasi saya yang sebenar," katanya kepada Nadi Arena.

"Tidak banyak yang boleh saya katakan. Saya gembira dan bangga dengan diri saya kerana berjaya bangkit dan harungi segala cabaran yang saya lalui sepanjang berada di sini.

"Ini hanya permulaan, harap-harap ia akan kekal sepanjang musim ini. Harap-harap saya dapat catatan yang lebih baik selepas ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video