Skip to main content

Sukan Lain

Dua emas Tan Li Xuan warnai penutup Kejohanan Dancesport, Grace Elizabeth curi tumpuan dengan semangat luar biasa

Dua emas Tan Li Xuan warnai penutup Kejohanan Dancesport, Grace Elizabeth curi tumpuan dengan semangat luar biasa

Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Begitulah penutup penuh bermakna buat Malaysia Dancesport Championship apabila atlet negara menampilkan persembahan cemerlang, sekali gus menyuntik keyakinan menjelang Sukan SEA 2027.

Antara yang paling menyerlah ialah Tan Li Xuan, yang mengakhiri kejohanan dengan penuh bergaya apabila meraih dua pingat emas menerusi kategori Adult Solo Latin dan SEA Championship bagi acara yang sama.

Kejayaan itu mengukuhkan lagi reputasi Li Xuan sebagai antara penari elit negara yang semakin konsisten di pentas antarabangsa.

Sementara itu, gandingan Ooi Ken Vin dan Zoe Tan turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai juara kategori MYDF Grade-A Closed Latin, selain meraih gelaran naib juara Asian Championship Adult Ten, sekali gus menambah koleksi kejayaan kontinjen negara.

Jurulatih dancesport negara, Chua Zjen Fong, melahirkan rasa bangga terhadap prestasi anak-anak buahnya yang mempamerkan persembahan berkualiti sepanjang kejohanan.

Menurut Zjen Fong, pencapaian di peringkat elit itu memberi petanda positif terhadap sasaran Malaysia memburu lima pingat emas dalam acara dancesport di Sukan SEA 2027.

Namun, di sebalik kejayaan meraih pingat, satu kisah penuh inspirasi menjadi bualan ramai sepanjang kejohanan.

Atlet negara, Grace Elizabeth, membuktikan semangat juang yang luar biasa apabila tetap meneruskan saingan meskipun berdepan insiden mencemaskan sebelum pertandingan.

Grace mengalami kecederaan selepas kaca di bilik mandi tiba-tiba pecah dan serpihannya menusuk beberapa bahagian badannya.

Dia segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika menerima rawatan, tekanan darahnya dilaporkan menurun dengan mendadak dan  turut diberikan suntikan tetanus sebagai langkah pencegahan.

Namun, berbekalkan ketabahan dan kekuatan mental, Grace berjaya pulih dalam tempoh singkat sebelum kembali ke gelanggang.

Lebih manis, Grace berjaya menamatkan perjuangan dengan menghadiahkan pingat emas, sekali gus mencipta antara kisah paling menyentuh hati sepanjang kejohanan.

Kisah Grace menjadi bukti bahawa kejayaan bukan sekadar bergantung kepada bakat, tetapi juga ditentukan oleh keberanian, ketabahan dan semangat untuk tidak mudah mengalah.

Prestasi keseluruhan atlet negara dalam kejohanan kali ini memberikan keyakinan bahawa skuad dancesport Malaysia berada di landasan terbaik untuk terus mencabar dominasi serantau menjelang Sukan SEA 2027.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video