Cerita Piala Dunia 2026 sudah berakhir selepas wisel penamat final di antara Sepanyol bertemu Argentina Isnin lalu, namun ia tidak berlalu pergi dengan mudah apabila masih terdapat kisah di luar padang.
Tular di media sosial berkenaan senarai kontroversi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) terhadap orang ramai yang mengkritik pasukan itu sepanjang tempoh kejohanan berlangsung.
Menurut liputan, AFA bercadang untuk menyaman atau mengambil tindakan ke atas siapa-siapa atau mana-mana individu mahupun pengguna X yang mengecam berlebihan skuad kebangsaan lebih-lebih lagi Lionel Messi.
Argentina FA releases 50 twitter handles going to court because of Messi.
Congratulations if you see your handle here.
Park yo bags, you’re going to Buenos Aires ❤️❤️ pic.twitter.com/tVLkjIULoQ— Oyiga Micheal (@Nsukka_okpa) July 24, 2026
Perkara itu mendapat sambutan hebat tatkala kesemua nama terbabit difahamkan akan ke Buenos Aires bagi menjalani perbicaraan, tetapi tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Skuad kendalian Lionel Scaloni tidak berjaya mempertahankan kejuaraan edisi ke-23 apabila tewas tipis 0-1 di tangan La Roja menerusi jaringan tunggal Ferran Torres.