Skip to main content

Bola Sepak

FAM kemuka penjelasan rasmi menerusi satu surat kepada Pesuruhjaya Sukan

fam

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menjelaskan telah mengemukakan penjelasan rasmi menerusi satu surat bertarikh 8 Jun 2026 kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Perkara itu merupakan penjelasan lengkap berhubung kekeliruan mengenai pembentangan penyata kewangan dan bajet FAM yang telah dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun 2026.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa satu surat rasmi bertarikh 8 Jun 2026 telah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memberikan penjelasan lengkap berhubung kekeliruan mengenai pembentangan penyata kewangan dan bajet FAM yang telah dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun 2026.

 

 

 

"Penjelasan tersebut dibuat susulan beberapa kenyataan dan dakwaan yang telah menimbulkan persepsi seolah-olah FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit serta bajet tahunan kepada ahli-ahli gabungan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkenaan dalam apa jua perkara yang memerlukan penjelasan lanjut." kongsi FAM.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video