Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu bertegas -- Richard Scully

FAM perlu bertegas -- Richard Scully

Ini apa yang berlaku jika tiada ketegasan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia perkara baru dalam senario bola sepak negara, isu pelepasan pemain sering menjadi topik perbincangan dan kali ini Selangor berkeras pertahan pemainnya Ddari terlibat dengan sebarang penganjuran di luar dari kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini bukan hal baru, namun perkara ini berulang lagi berpunca dari tiadanya ketegasan badan induk FAM dalam menangani hal yang sama sebelum ini.

"Sebarang tugasan yang melibatkan untuk skuad kebangsaan, mereka perlu mengetepikan sentimen kelab. Perkara ini pernah berlaku melibatkan kelab lain dan tiada sebarang tindakan mahupun keluhan yang dikeluarkan seperti yang berlaku ketika ini apabila pasukan Selangor tidak melepaskan pemain mereka bermain dalam saingan Piala Hyundai ASEAN kali ini," katanya. 

Selangor tidak melepaskan pemainnya ekoran kejohanan dwitahunan itu tidak berlangsung dalam kalendar FIFA.

Dan hal itu membawa kepada keputusan tegas ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, agar tidak melepaskan pemainnya yang baru sahaja berada di fasa awal bagi persediaan musim baru.

Dalam situasi ketika ini, Richard berpendapat, semangat bersatu padu semua pihak perlu ada, demi kembalikan semula maruah skuad kebangsaan yang melalui saat sukar kebelakangan ini.

"Keadaan semasa ternyata tidak memihak bola sepak negara ketika ini. Dan sebagai rakyat Malaysia, apa tanggungjawab kita untuk membantu situasi ini? Adakah kita akan mengundur ke belakang? Biarlah susah dan senang kita harus bersama pasukan kebangsaan. Apa yang berlaku sekalipun yang penting demi lencana di dada."

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video