Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah kandas di pusingan 16

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah kandas di pusingan 16

Terbuka Jepun menyaksikan wakil beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gagal mara ke pusingan 16 selepas tewas kepada gandingan Dari Chinese Taipei.

Pearly dan Thinaah memulakan set pertama dengan langkah positif apabila menang mudah dengan keputusan 21-9.

Namun bermula set kedua, lawan Dari Chinese Taipei ini mula mempamer kebangkitan dengan beberapa serangan yang berjaya memerangkap gandingan negara sekaligus memastikan set kedua menjadi milik mereka.

Perlawanan terpaksa diheret ke set penentuan dan menyaksikan beregu wanita sandaran negara seolah-olah hilang rentak dan terpaksa akur tumbang kepada gandingan nombor 12 dunia itu dengan keputusan 21-9, 17-21, 17-21.

Satu lagi wakil beregu wanita negara, Ong Xin Yee dan Carmen Ting, turut kandas selepas bertemu gandingan nombor tiga dunia Dari Korea Selatan, Baek Ha-na dan Lee So-hee.

Pada set pertama, gandingan Korea Selatan itu tampil lebih garang dan bijak dalam mengatur serangan demi serangan.

Keputusan 21-12 di set pertama membuktikan mereka lebih mendominasi perlawanan.

Bersambung di set kedua, Xin Yee dan Carmen Ting cuba memperbaiki beberapa aspek dan hasilnya mereka berjaya meberi saingan dan merapatkan jurang mata.

Namun, aspek pengalaman jadi pemisah dalam perlawanan ini apabila mereka menutup set kedua dengan keputusan 21-18, sekaligus menidakkan kemaraan wakil beregu wanita negara.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video