Skip to main content

Bola Sepak

Final ACC Shopee Cup 2025/2026: Faisal Halim akui Selangor tidak bernasib baik, pengalaman berharga Selangor

Final ACC Shopee Cup 2025/2026: Faisal Halim akui Selangor tidak bernasib baik, pengalaman berharga Selangor

Selangor menamatkan kempen ACC Shopee Cup 2025/26 sebagai naib juara selepas tewas kepada Buriram United.

Penyerang utama pasukan, Faisal Halim, mengakui bahawa walaupun pasukan bermula dengan baik, kekalahan itu memberi pengajaran penting untuk masa depan.

“Selangor telah cuba yang terbaik, 25 minit pertama kami menguasai permainan dan menghasilkan peluang sehingga berjaya menjaringkan gol,” kata Faisal.

Namun, dia menambah, “Namun kita leka sehingga mereka berjaya mendapatkan gol. Selepas dibolosi, sukar untuk kami mendapatkan momentum mengejar kemenangan.”

Bagi Faisal, pengalaman perlawanan akhir ini bukan sahaja menandakan titik penamat musim ini, tetapi juga peluang untuk belajar dan bersiap lebih baik.

“Bagaimanapun, ini merupakan pengalaman yang terbaik untuk Selangor. Kami telah cuba yang terbaik, rezeki kami untuk melangkah ke peringkat ini dan berusaha untuk akan datang.”

Faisal menegaskan bahawa tumpuan kini beralih kepada pemulihan dan persiapan musim depan.

“Ini masa untuk kami berehat terlebih dahulu sebelum membuat persiapan yang lebih baik musim hadapan,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video