Skip to main content

Bola Sepak

Final ACC Shopee Cup: Selangor tewas tipis kepada Buriram United di MBPJ

sel

Selangor terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada Buriram United dalam perlawanan akhir pertama, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan Buriram United mendahului Selangor 1-0 menerusi tandukan Suphanat Mueanta yang mudah menewaskan Sikh Izhan pada minit ke-24 hasil hantaran Theerathon Bunmathan.

Meskipun Selangor menyamakan kedudukan selang beberapa minit kemudian, namun kedudukan Mohammad Abualnadi yang terlebih dahulu berada dalam posisi ofsaid menutup babak pertama dengan skuad Gergasi Merah ketinggalan 0-1 di laman sendiri.

 

 

 

 

Anak buah Kim Pan-gon lebih agresif mengasak kubu pertahanan Buriram dalam babak kedua, namun kawalan ketat yang diberikan jentera pertahanan Buriram terhadap gandingan berbisa Selangor, Chrigor Moraes-Faisal Halim-Alvin Fortes, menafikan sebarang percubaan dengan beberapa kali percubaan juga dinafikan palang gol.

Selangor akan berhadapan Buriram sekali lagi dalam aksi timbal balik di Buriram pada Rabu depan.

 

Must Watch Video