Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 apabila menewaskan lawan dari Hong Kong, Jonathan Bing Tsan-Crystal Lai, sebentar tadi.
Pertarungan di Unifi Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan wakil negara yang turun selaku pilihan kedua kejohanan itu mudah melakar kemenangan 21-6 dalam set pertama.
Meskipun Jonathan-Crystal cuba bangkit dalam set kedua, namun sukar untuk mengatasi Juara Dunia 2025 itu dan terpaksa akur tersingkir selepas tewas 14-21 dalam tempoh 24 minit permainan.
Mereka akan turun esok berdepan wakil India, Rohan Kapoor-Gadde Shivani, mahupun Amri Syahnawi-Violina Marwah dari Indonesia esok.