Skip to main content

Bola Sepak

Gila! Baru satu aksi, pemain terima Rolls-Royce serta merta usai bantu negara cipta sejarah

Royce

Tandukan deras Boualem Khoukhi pada minit ke-94 menyaksikan Qatar berjaya mengikat Switzerland 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

Tahukah anda? Sejarah baru tercatat buat juara Piala Asia 2023 itu apabila meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Dan, ia merupakan gol kedua Qatar yang pernah dijaringkan di pentas terbesar itu.

Sejurus membantu negara itu, difahamkan Boualem Khoukhi terus menerima durian runtuh berupa hadiah lumayan menjadi kaya raya dalam sekelip mata meskipun baru satu aksi.

Sumber tempatan Qatar menyaksikan Dana Pelaburan Awam Qatar dikatakan mengumumkan pemain itu bakal mendapat wang tunai sebanyak $3 juta kerana menjadi wira dalam lipatan sejarah baharu bola sepak Qatar.

Selain itu, dia turut menerima pengeluaran edisi terkini kereta mewah dari jenama Rolls-Royce sebagai tanda penghargaan. 

Selepas ini mereka akan bertemu tuan rumah bersama, Kanada (19 Jun), dan Bosnia and Herzegovina (25 Jun) aksi seterusnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video