Emmanuel Wanyonyi dari Kenya memecahkan rekod dunia 1,000 meter (m) lelaki dalam masa 2 minit 11.83 saat dalam Kejohanan Liga Berlian di Monaco awal pagi tadi.
Ia, sekali gus memperbaharui rekod sebelumnya yang dicatatkan oleh rakan senegaranya, Noah Ngeny, 27 tahun yang lalu.
Juara Sukan Olimpik 800m, Wanyonyi, menamatkan perlumbaan di hadapan pelari Britain, Jake Wightman, manakala Djamel Sedjati dari Algeria di tempat ketiga.
"Ini adalah kali pertama saya berlari dalam acara 1,000m, dan memecahkan rekod dunia secara langsung membuatkan saya sangat gembira.
THE MAN FROM ANOTHER PLANET ๐
๐ฐ๐ชโs Emmanuel Wanyonyi delivered a performance for the ages in Monaco, running a sensational 2:11.83* to set a new 1000m world record at the #DiamondLeague ๐ฅ
The Kenyan lowered a mark that had stood for almost 27 years by just 0.13 seconds ๐ฎโ๐จโฆ pic.twitter.com/lbpoB4LZ04โ World Athletics (@WorldAthletics) July 10, 2026
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada atlet lain yang telah mendorong saya ke tahap maksimum," katanya.
Acara 1,000 meter merupakan acara yang jarang dipertandingkan dan tidak dipaparkan dalam Sukan Olimpik atau Kejohanan Olahraga Dunia.