Skip to main content

Bola Sepak

Giliran penjaga gol Curacao, Eloy Room, muncul wira pasukan, jumlah pengikut Instagram naik meroket

Room

Penjaga gol Curacao, Eloy Room, menjadi tumpuan terbaharu di kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia dengan jumlah pengikutnya di Instagram mengalami pertambahan rancak sebaik negara terkecil dalam saingan Piala Dunia 2026 itu mengikat Ecuador seri tanpa jaringan di Kansas City, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Penjaga gol yang berusia 37 tahun itu dilihat tergamam sebaik wisel penamat dibunyikan, melutut dan bersujud, selain turut dikerumi rakan-rakan sepasukan yang menghargai sumbangannya yang cukup besar untuk mata pertama Curacao direkodkan dalam kejohanan bola sepak berprestij ini.

Fakta indah yang kini tertulis dalam lipatan sejarah bola sepak Curacao yang hanya berpopulasi 158,006 penduduk itu datang dengan komitmen, fokus dan kemahiran yang cukup tinggi dari Room, dengan secara keseluruhannya menyelamatkan 15 percubaan tepat Ecuador, menjadikan dia penjaga gol kedua selepas Tim Howard yang menyelamatkan 16 percubaan tepat ketika AS menentang Belgium di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2014.

Kejayaan hebat ini pantas menjadikan nama Room viral sekelip mata dengan jumlah carian Google turut meningkat, dan pemain yang beraksi dalam liga bola sepak kedua AS bersama Miami FC itu dijangka akan melepasi angka 1 juta pengikut di Instagram dalam tempoh yang singkat, sama seperti penjaga gol Cape Verde, Vozinha, setelah muncul wira pasukan dengan merekod keputusan sama keatas Sepanyol.

Ini membuktikan bukan hanya pemain yang mampu menjaringkan gol sahaja boleh menempa nama dan menggegar dunia, posisi penjaga gol yang kurang diminati juga memiliki peluang yang sama besar. Silap hari bulan, boleh dapat tawaran kontrak yang lumayan dan tajaan yang hebat. Agak-agaknya, penjaga gol dari pasukan mana lagi yang akan mengganas di Piala Dunia 2026 ini ya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video