Skip to main content

Gimnastik

Glasgow 2026: Ngeri! Nyawa hampir melayang akibat mendarat dengan leher

Langton

Acara akhir berpasukan gimnastik lelaki dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 terpaksa dihentikan seketika selepas wakil England, Gabriel Langton, mengalami kecederaan serius tatkala mendarat dalam keadaan tidak sempurna sewaktu melakukan rutin. 

Kepalanya atau lebih tepat bahagian leher terlebih dahulu terjatuh usai pendaratan tidak sempurna hampir memberikan mimpi ngeri buat atlet berusia 19 tahun itu. 

Seramai sembilan petugas pegawai perubatan pantas berlari memberikan pertolongan cemas sebelum diusung keluar mengakibatkan aksi tergendala hampir 20 minit, sekali gus mencemaskan arena berkenaan.

Dalam perkembangan sama, dia kini berada dalam keadaan sedar selepas dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.

"Kami berterima kasih kepada pasukan perubatan yang segera memberi bantuan," kata Pasukan England dalam satu kenyataan.

"Dia telah dibawa ke hospital dan kami akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila ia tersedia."

Insiden itu membayangi baki pertandingan, dengan England berpuas hati dengan pingat perak di belakang Kanada selepas aksi disambung semula.

Australia meraih pingat gangsa, sekali gus meraih pingat gimnastik berpasukan lelaki pertama mereka sejak memenangi emas dalam Sukan Komanwel 2010 di Delhi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video