Bekas bintang gusti profesional terkenal World Wrestling Entertainment (WWE), Rikishi Fatu, mengadakan lawatan ke Johor.
Menerusi satu hantaran terbaru di Story Instagram miliknya, menyaksikan dia berkongsikan berada di Plaza Tol Ulu Tiram.
WWE star, Rikishi is now in Malaysia. pic.twitter.com/rOnHJshluV
— Carta Pop Msia (@cartapop) July 22, 2026
Dia turut hadir bersama seorang lagi bintang gusti iaitu Chavo Guerrero.
"Minggu ini berada di Johor Bahru, Malaysia, saya berbesar hati dapat meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Apacs Wrestling Academy. Saya melihat rasa hormat, disiplin disiplin dan saya melihat kelaparan mereka. Paling penting, saya melihat sekumpulan pemuda yang sanggup berusaha untuk mengejar impian mereka.
"Kepada setiap pelajar yang saya temui - jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri. Setiap juara bermula sebagai seorang pelajar. Setiap legenda bermula dengan satu langkah ke dalam gelanggang." kongsinya.
