Raja pecut Australia, Lachlan Kennedy, mencipta sensasi di temasya Sukan Komanwel 2026 selepas dia memecahkan rekod kebangsaan 100m (meter) negaranya dengan catatan masa 9.85s (saat) untuk meraih pingat perak di Sukan Komanwel 2026.
Pemenang emas menjadi milik jaguh dari Cameroon, Emmanuel Eseme, dengan catatan 9.83s.
Kemenangan itu menyaksikan dia menamatkan penantian 64 tahun Australia untuk meraih pingat dalam acara itu di temasya tu sakali gus mengatasi rekod 23 tahun dahulu yang dilakar Patrick Johnson dengan catatan 9.93s pada 2003.
"Jauh sekali... kami merangkul pingat dalam setiap acara yang kami sertai," kata Kennedy yang berusia 22 tahun kepada media Australia.
"Kami berada di zaman kegemilangan yang sebenar dengan ramai pemain muda dan ramai bakat veteran yang baik juga." katanya.