Skip to main content

Komanwel

Glasgow 2026: Sukarelawan Sukan Komanwel tular rupanya penari profesional

kk

Sekali tengok, memang seperti pertunjukan yang dirancang. Tak kurang juga yang ingatkan akan ada persembahan flash mob seperti yang pernah tular suatu masa dahulu. Sebaliknya ia hanyalah tindakan spontan seorang sukarelawan pembersihan Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang dikenali sebagai CJ Miller.

Gelagat Miller yang menari - daripada malu-malu kepada penuh bertenaga - sambil memegang mop, sambil melakukan rutin tarian moden seperti splits dan worms mengikut alunan lagu I Want To Break Free dendangan Kumpulan Queen juga sempat dirakam penonton yang hadir ke Arena Hydro bagi menyaksikan saingan bola jaring.

 

 

Perhatian ramai dan rakaman yang tular pantas mendapat tumpuan media antarabangsa terutama yang berkampung di Glasgow sepanjang temasya empat tahun sekali itu berlangsung. Dan dalam temubual yang dikongsikan, Miller mendedahkan dia adalah seorang penari profesional dan koreografer berpengalaman.

Sebelum identiti Miller didedahkan, dia mendapat jolokan Mop Man selepas persembahannya mendapat sorakan gemuruh penonton di stadium dan jutaan tontonan di pelbagai platform media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video