Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, menundukkan wakil dari India, Manav Choudhary, 21-19,21-18, dalam pusingan kelayakan pertama, Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2026 di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.
Begitupun, juara dua kali dalam edisi 2022 dan 2024 itu akan turun sekali lagi dalam pusingan kelayakan kedua malam nanti berdepan Liao Jhuo Fu dari Chinese Taipei dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.
Advertisement
Seorang lagi wakil negarm, Aidil Sholeh, telah mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik selepas menewaskan Ting Yen Chen, 13-21,21-16,21-11.
