Selepas enam bulan meninggalkan Selangor susulan naib juara Liga Super musim lalu itu memilih untuk merehatkan dirinya berkuatkuasa serta merta pada September lalu, kini Katsuhito Kinoshi kembali dengan tugasan besar di bumi Singapura.
Tampines Rovers dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan pengendali dari Jepun itu selaku ketua jurulatih menggantikan Noh Rahman yang keluar daripada pasukan pada Februari lalu.
Advertisement
Meskipun sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Tampines Rovers di bawah kendalian Kinoshi akan meneruskan cabaran dalam Liga Premier Singapura (SPL) bagi mencabar kejuaraan Lion City Sailors.
Untuk rekod, ini adalah tugasan kedua jurulatih berusia 61 tahun itu di rantau Asia Tenggara (ASEAN) selepas berkhidmat bersama Gergasi Merah.
Sebelum ini, kelibat dirinya bersama Rovers bukanlah asing apabila sering menyaksikan perlawanan mereka di stadium.
Malah, satu video pernah tular menyaksikan Kinoshi menjerit memberikan arahan kepada pemain dalam padang daripada tempat duduknya.