Skip to main content

Sukan Lain

KBS luluskan bidaan Temasya Sukan Pekak Asia Pasifik 2026 di Penang

Deaf

Kerajaan Malaysia menerusi Kementeriann Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan permohonan pembidaan bagi penganjuran Temasya Sukan Pekak Asia Pasifik 2026 yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Temasya ini dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 10 Oktober 2026 negeri Pulau Pinang.

Advertisement

Kelulusan ini diberikan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan sukan inklusif serta memperluaskan penglibatan atlet pekak di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruen, turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan dan kelulusan yang diberikan terhadap pembidaan kejohanan tersebut.

“Kami berterima kasih kepada KBS dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang menerima usaha persatuan sekaligus temasya ini akan meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi utama penganjuran acara sukan diperingkat antarabangsa.

Tambah Ong Shin Ruen lagi, penganjuran kejohanan ini dijangka menjadi platform penting dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti pekak di rantau Asia Pasifik.

“MSDeaf komited untuk memastikan segala persiapan penganjuran Temasya Sukan Pekak Asia Pasifik 2026 berjalan lancar dan teratur. Kami yakin kejohanan ini bukan sahaja akan memperkasakan pembangunan sukan komuniti pekak, malah mampu memberi impak positif kepada pembangunan sukan negara secara keseluruhannya,” katanya lagi 

Must Watch Video