Atlet tenis muda berasal Amerika Syarikat (AS), Ben Shelton, menjuarai kejohanan gelanggang rumput pertamanya di Stuttgart, Jerman selepas menewaskan atlet berpengalaman, Taylor Fritz, dalam final sebelum merangkul gelaran tersebut.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah ucapan kemenangan Ben yang berbunyi "terima kasih kepada Rodman yang sanggup terbang dari Brazil ke Jerman bagi memberikan sokongan kepada saya."
"Setiap kejohanan yang dihadiri Rodman tahun ini berakhir dengan kejayaan buat saya, sekali gus membuatkan saya Rodman adalah 'lucky charm' saya."
Tersenyum Rodman yang berada di kedudukan penonton sambil menggayakan pakaian bertulisan ‘Ben 10’. Manis betul pasangan ni!
Pasangan atlet terkenal itu mula mengumumkan hubungan mereka kepada umum pada Mac 2025 dan sejak itu sering menjadi perhatian peminat sukan.
Rodman juga merupakan atlet tenis mewakili kelab Washington Spirit sempat berkongsi di laman media sosial selfie bersama Ben dengan takuk ringkas -- #1 fan I love you!
Kemenangan di Stuttgart turut menjadi gelaran ketiga Shelton pada tahun 2026, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara bintang muda tenis yang sedang meningkat naik.