Maghribi mencipta sejarah berbeza apabila menurunkan 11 pemain yang lahir luar daripada negara itu dalam Piala Dunia 2026 sewaktu menentang Brazil Ahad lalu.
Satu momen menjadi kisah menarik tatkala menyaksikan pemain yang dibarisi mewakili ranking ketujuh antarabangsa itu layak beraksi berdasarkan kelayakan masing-masing.
Ada yang bertukar kerakyatan pada usia 18 tahun, ada yang menjadi naturalisasi menerusi sistem bermastautin lebih daripada lima tahun atau menetap dari kecil.
‼️ HISTORIC ‼️
Morocco 🇲🇦 became the first national team ever to field a starting XI made up entirely of players born outside the country. 🤯
🇨🇦 Bono ⁰🇳🇱 Noussair Mazraoui ⁰🇫🇷 Issa Diop ⁰🇪🇸 Chadi Riad ⁰🇪🇸 Achraf Hakimi⁰🇫🇷 Neil El Aynaoui ⁰🇫🇷 Ayyoub Bouaddi ⁰🇧🇪 Chemsdine… pic.twitter.com/X6B29RrHaJ— SportyTV (@SportyTV) June 14, 2026
Dan, ada juga mempunyai kaitan berdarah warisan melalui susur galur keluarga masing-masing.
Terdahulu, juara benua Afrika itu berjaya mengikat Brazil 1-1 menerusi pemain baharu Bayern Munich, Ismael Saibari, sebelum Vinicius Jr menjadi wira Brazil menyamakan kedudukan.
Untuk rekod, Maghribi mengakhiri saingan edisi lalu di tempat keempat selepas tewas dalam separuh akhir.