Skip to main content

Para ASEAN

Kejayaan untuk ayah!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Wada berbasikal para

Baru kali pertama digandingkan di pentas Sukan Para ASEAN 2025 di Korat, Thailand, namun gandingan Azlia Syafinaz dan jurumudinya, Nurul Suhada, terus mencipta magis apabila menghadiahkan dua pingat buat negara emas dan perak dalam acara basikal lebuhraya.

Kejayaan itu bukan sekadar tentang kayuhan di atas basikal, tetapi tentang pengorbanan, ketabahan dan kekuatan jiwa.

Advertisement

Di sebalik kilauan pingat, sosok Nurul Suhada atau mesra dipanggil Wada menjadi antara tunjang utama kejayaan tersebut.

Sebagai jurumudi, Wada memikul tanggungjawab besar untuk memastikan Azlia tiba ke garisan penamat dalam keadaan terbaik, walau berdepan tekanan mental yang tinggi dan cabaran fizikal yang mencabar.

“Untuk jadikan Azlia seorang juara, saya sendiri perlu jadi lebih kuat,” kongsi Wada.

Dia sanggup menjalani latihan tambahan, memaksa diri melangkaui batas, semata-mata untuk sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan di atas basikal.

Namun pengorbanannya tidak terhenti di situ.

Wada terpaksa meninggalkan keluarga, terutama ayahnya, Zainal Abdullah, yang sedang bergelut dengan penyakit Rheumatoid Arthritis.

Wada menzahirkan penghargaan kepada ibu tirinya Suhada Jamha yang disifatkan sebagai “wanita paling kuat” kerana sentiasa berada di sisi ayahnya, merawat dan memberi sokongan tanpa jemu ketika mereka berjauhan.

Seusai menebus kekecewaan di hari pertama, perkara pertama yang dilakukan Wada bukan meraikan kejayaan sendiri, tetapi terus menghubungi ayahnya yang menjadi sumber kekuatannya selama ini.

Perjuangan mereka belum berakhir. Selepas ini, Suhada dan Azlia akan kembali memberi fokus penuh bagi misi menambah koleksi pingat negara dalam dua lagi acara pada 24 dan 25 Januari di Velodrome Suranari, Mueang Nakhon Ratchasima.

 

Must Watch Video