Kelab bola sepak Brazil, Amazonas, telah dikecam kerana peminat mendakwa pasukan itu tidak profesional dan sengaja melukai mental pemain.
Amazonas memaklumkan bahawa pertahanan, Leo Coelho, bukan lagi sebahagian daripada pasukan untuk musim akan datang. Coelho meninggalkan kelab selepas 39 perlawanan dan menjaringkan dua gol.
Lebih pelik, Onca-Pintada mengumumkan pemergian pemain itu dengan cara tidak masuk akal apabila memuat naik rangkuman kompilasi video kesilapan pemain tersebut.
Ruangan komen media sosial dipenuhi dengan kecaman dan kritikan hebat peminat kerana dianggap bersifat tidak baik.