Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Tujuh pemain jadi bahan sindiran penyokong Vietnam

banner sindiran

Tular di laman-laman sosial sekeping gambar yang menunjukkan penyokong Vietnam menegakkan kain rentang yang terpapar karikatur tujuh pemain yang kini digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Kain rentang itu dipercayai dinaikkan ketika Harimau Malaya menentang Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia di Ninh Binh malam tadi.

Advertisement

Tujuh pemain berkenaan, iaitu Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, diturunkan Harimau Malaya ketika membelasah Vietnam 4-0 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jun lalu.

Bagaimanapun, kesemua mereka didapati bersalah kerana terlibat dalam skandal pemalsuan dokumen untuk digantung 12 bulan sejak September lalu, bahkan kemenangan itu -- bersama kemenangan 2-0 ke atas Nepal sebelumnya -- turut dibatalkan.

Kain rentang berkenaan menunjukkan lakaran tujuh pemain itu dengan ekspresi sedih berserta tulisan "Kami pelancong, bukan harimau."

Malaysia, dalam pada itu, tewas 1-3 dalam perlawanan berkenaan.

 

Must Watch Video