Kem latihan Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) tamat di Miri, Sarawak semalam.
Sokongan yang diberikan kerajaan negeri itu menjadi bukti pembangunan sukan golf tidak boleh digerakkan hanya satu pihak, sebaliknya memerlukan kerjasama yang kukuh bagi memastikan lebih ramai pemain muda mempunyai peluang untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengerusi NJDP, Fauzi Mesran, berkata kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin: "Ia kali pertama sebuah kem dilakukan dengan kerangka berbeza berbanding kem lain.
"Kali ini kami memang meletakkan sasaran untuk pemain dapat menikmatinya dengan tenang.
"Dan kali ini juga, formula yang kami gunakan adalah untuk memberikan ketenangan kepada mereka. Kerana fokus mereka bukan hanya di padang, mereka juga seorang remaja yang memerlukan keseronokan dan kelainan daripada biasa."
"Golf"