Pengadil Belanda, Rob Dieperink, telah meninggal dunia pada usia 38 tahun, dua bulan selepas digugurkan daripada panel pegawai perlawanan untuk Piala Dunia 2026 susulan siasatan polis di Britain yang kemudiannya ditutup.
Punca kematian belum didedahkan setakat ini.
"Kami terkejut dan amat sedih dengan pemergian Rob Dieperink.
"Dengan pemergiannya, kami bukan sahaja kehilangan seorang pengadil yang sangat dihargai, tetapi seorang rakan sekerja yang baik hati dan berdedikasi," kata Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) dalam satu kenyataan.
Dieperink telah dipilih sebagai sebahagian daripada panel video bantuan pengadil (VAR) dalam Piala Dunia 2026, tetapi telah disingkirkan pada bulan Mei selepas ditahan pada bulan Jun oleh Polis Metropolitan.
We zijn geschrokken en diepbedroefd door het overlijden van Rob Dieperink.
Met Rob verliezen we een zeer gewaardeerde scheidsrechter, maar bovenal een fijne en betrokken collega.
Onze gedachten gaan uit naar zijn familie, vrienden en iedereen die hem dierbaar was. We wensen hen… pic.twitter.com/OO0ReL0i7F— KNVB (@KNVB) July 13, 2026
Dia berada di London untuk mengadili perlawanan Liga Persidangan Europa (UECL) antara Crystal Palace dan Fiorentina. Kes itu digugurkan kerana kekurangan bukti.
"Saya sangat sedih kerana saya telah dituduh secara salah," kata Dieperink dalam satu temu bual dengan De Telegraaf.
"Sejak awal lagi, saya telah memberi kerjasama sepenuhnya dan memberikan penjelasan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan KNVB.
"Saya berterima kasih atas sokongan yang saya terima daripada KNVB dan cara mereka mengendalikan kes ini.
"Sayang sekali FIFA telah memutuskan untuk tidak melantik saya ke Piala Dunia 2026, sudah tentu saya kecewa mengenainya."
Dieperink mula mengadili saingan Eredivisie sejak 2017 dan turut bertugas sebagai pegawai VAR pada Kejohanan Euro 2024.