Pemilik pingat Sukan Olimpik 2004 dari Jepun, Toshiaki Fushimi, menemui ajal dalam satu perlumbaan keirin berbasikal trek, tiga hari lalu.
Fushimi, 50, parah selepas cuba mengelak kemalangan yang berlaku di hadapannya sebelum merempuh penghadang trek ketika beraksi dalam Kejohanan Matsusaka Keirin.
Akibat rempuhan terbabit, Fushimi -- yang kembali berlumba sejak Mei lalu selepas bersara empat tahun bersara -- mengalami kerentakkan di bahagian tengkuk dan tengkoraknya.
Pengerusi Perdatuan Keirin Jepun, Hiroshi Kido, menzahirkan simpati sambil berikrar untuk mengkaji semula tahap keselamatan bagi memastikan perlumbaan yang adil dan selamat.
Bekas pelumba negara, Josiah Ng, mengangkat Fushimi sebagai antara legenda keirin yang pernah disaksikan.