Mayat seorang wartawan sukan di Itali, Luigi Esposito, ditemui di sebuah ladang terpencil dengan beberapa kelongsong peluru turut ditemui berhampiran tempat kejadian.
Rakaman CCTV memaparkan Esposito telah dibawa ke sana oleh individu tidak kenali dengan mayatnya mempunyai kesan jelas akibat tembakan malah dipukul di bahagian muka, rusuk dan pelvisnya dalam keadaan dibakar.
Mayat wartawan berusia 53 tahun itu ditemui selepas bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah ladang yang terletak di sebuah wilayah Naples.
Kenderaannya ditemui ladang bersebelahan -- lalu memudahkan pengecaman ke atas mayatnya -- dengan pihak berkuasa percaya dia tiba secara sukarela.
Esposito dikenali di platform TuttoSalernitana.com, selain membuat kemunculan di kaca televisyen dan turut berkhidmat di beberapa agensi yang lain.