Skip to main content

Badminton

Kenyataan pemain berkenaan kontroversi badminton India

Reddy

"Kami tidak menginginkan wang. Kami mahu seluruh negara tahu tentang usaha besar kami.

Pemain beregu lelaki, Satwiksairaj Rankireddy, memuat naik kenyataan berkenaan isu yang tular melibatkan pasukan badminton India usai menamatkan kempen Piala Thomas di tempat ketiga bersama, baru-baru ini.

Advertisement

Kata pemain beregu keempat dunia itu, pengiktirafan kerja keras sewajarnya dihargai, bukan tidak dipeduli.

“Kata-kata saya bukan mahukan kemasyhuran peribadi atau mengambil kredit daripada pencapaian orang lain.

"Saya amat menghormati setiap atlet yang membawa kegemilangan kepada India, tanpa mengira sukan ini.”

“Mesej saya mudah: kita perlu memupuk budaya yang menggalakkan dan meraikan setiap kemenangan, besar atau kecil. Sama ada pingat Piala Dunia atau penamat podium dalam kejohanan global seperti Piala Thomas.

"Apabila peristiwa penting seperti itu disambut dengan diam, ia terasa mengecewakan bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk generasi atlet India masa depan yang sedang memerhati.”

Jika dibezakan, seluruh negara meraikan kejayaan pasukan lelaki merangkul gelaran Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pada 2022 dengan sepenuh hati sehingga membanjiri perkarangan di lapangan terbang.

Empat tahun kemudian, meskipun membawa pulang pingat gangsa, Satwiksairaj Rankireddy menggambarkan emosinya berkongsi keadaan semasa yang jelas meninggalkan rasa hiba dan sedih kerana tidak dihiraukan peminat tempatan.

 

 

 

Must Watch Video